BT Real Estate - шаблон joomla Форекс
Sejarah Penubuhan Pondok Moden Al-’Abaqirah

perubahan1Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al-'Abaqirah telah dicetuskan oleh Sahibul Samahah Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al- Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan hasil daripada permintaan masyarakat dan hasrat beliau untuk melahirkan cendekiawan Islam yang mahir dalam ilmu agama dan ilmu duniawi.

Cetusan idea tersebut telah membawa kepada satu Mesyuarat Penubuhan Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al- ‘Abaqirah Bil. 1/2014 yang diadakan pada 6 November 2014 dan dipengerusikan oleh Sahibul Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan sendiri. Mesyuarat tersebut telah bersetuju agar cadangan penubuhan pondok moden ini dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan dan Dakwah (JKPPD), MAIWP.

Mesyuarat JKPPD Bil. 1/2014 yang bersidang pada 6 November 2014 telah membincangkan cadangan penubuhan Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al- ‘Abaqirah ini serta bersetuju memperakukannya ke Mesyuarat MAIWP.

Dalam membina dan menubuhkan pondok moden ini, maka telah diadakan satu bengkel bagi merangka silibus dan kurikulum Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al-‘Abaqirah dengan jayanya pada 17 hingga 18 Februari 2015 yang turut dihadiri oleh beberapa orang wakil daripada institusi pendidikan awam dan swasta terdiri daripada ulama’ dan asatizah.

Dalam kerangka untuk penubuhan pondok ini, pihak MAIWP telah mengadakan banyak siri lawatan semata-mata untuk melihat dan mengambil sejumlah maklumat agar pondok yang ditubuhkan benar-benar menepati kehendak dan objektif. Antara lawatan tersebut ialah

  • Pada 22-25 Februari 2015 telah melawat ke Selatan Thailand. Antara tempat yang diziarahi adalah Pondok Darul Furqan, Kampung Mundok Sungai Golok Narathiwat yang diketuai oleh Al- Fadhil Ustaz Ghazali bin Harun.
  • Sahah Tuan Guru Ismail Sepanjang Al-Fatoni di Kampung Dusun Sepanjang daerah Penarik Pattani.
  • Jamiah Ulama’ Fatoni Darulssalam di Yala di mana kebanyakkan mereka mempunyai pondok masing-masing.
  • Sekolah Ma’ahad Tarbiah Fatani dipimpin oleh Dr Kamil.
  • Pondok Lubuk Tapah Pondok Rahmaniah, Kelantan.
  • Pusat Pengajian Pondok Moden di Kandis, Bachok Kelantan.
  • Pada 10-12 Mac 2015 telah diadakan lawatan ke Gontor Ponorogo Jawa Timur, Indonesia. Lawatan tersebut ke Pondok Moden Darussalam Gontor yang dipimpin oleh Kyai Hassan selaku Pengasas pondok di sana.
  • Lawatan di teruskan ke Universiti Darussalam Gontor bersama Rektor Prof. Dr Amal Fathullah Zarkasyi dan lawatan balas dari pihak universiti ke MAIWP telah diadakan selepas itu.
  • Pada 16 ogos 2015 Pondok Moden Al-'Abaqirah dengan rasminya memulakan pengambilan pelajar baru seramai 44 orang. Alhamdulillah sehingga kini jumlah pelajar masih lagi kekal seramai itu. Pondok turut di sokong oleh  tenaga pengajar seramai 9 orang termasuk Syeikh Al-Mudir.

Hasil daripada lawatan kerja tersebut, didapati sekolah-sekolah pondok yang telah beroperasi melaksanakan sistem pembelajaran yang hampir sama iaitu pembelajaran kitab turath dan ada juga yang menggabungkan ilmu kitab dan akademik.Alhamdulillah, pada 23 Mac 2015 Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kali ke 131 bil 1/2015 bertempat di Masjid Wilayah Jalan Duta telah meluluskan penubuhan Pondok Moden Al-’Abaqirah.

Info Terkini

Kalendar Sekolah

No event in the calendar
Isn Sel Rab Kha Jum Sab Ahd
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31

AL-BAYAN

Facebook