BT Real Estate - шаблон joomla Форекс
Mukaddimah

Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarganya, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Alhamdulillah, kami merafa’kan setinggi kesyukuran kepada Allah kerana dengan izin-Nya pada hari ini 17 Ramadhan 1436H bersamaan dengan 4 Julai 2015 telah dapat disempurnakan pelancaran Pondok Moden Al-’Abaqirah oleh YB Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir bin Hj Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan rasminya.

Tarikh ini diambil bersempena dengan tarikh Nuzul Al-Quran yang bersifat membawa hidayah dan petunjuk kepada umat manusia. Itulah bermulanya sejarah baru peradaban manusia melalui fajar hidayah Ilahi yang diturunkan kepada nabinya Muhammad SAW.

Atas dasar inilah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) merasa terpanggil untuk mengangkatkan lagi sistem pendidikan Islam mengikut cara turathi (sistem pembelajaran ulama’ terdahulu) yang diajar secara talaqqi dan syafawi melalui mulut tuan guru dari sofhah kepada lembaran sofhah berikutnya. Ini bertujuan agar penguasaan ilmu Islam mengikut cara ulama’ terdahulu yang akan menatijahkan penguasaan ilmu dengan sempurna lagi mendalam kefahamannya. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengambil satu tanggungjawab di tengah kotaraya Kuala Lumpur yang tersergam indah ini, untuk mengembalikan satu sistem ala pondok yang cuba dipermodenkan mengikut arus peredaran zaman.

Semoga usaha murni ini akan menjadi realiti untuk melahirkan tokoh ilmuan Islam yang berwibawa pada masa akan datang. Seterusnya, dapat mencorakkan masyarakat dan negara ke arah kemakmuran dan kedamaian sehingga tercapai Baldatun Toyyibatun wa Robbun Ghafur.

perubahan

Info Terkini

Kalendar Sekolah

No event in the calendar
Isn Sel Rab Kha Jum Sab Ahd
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31

AL-BAYAN

Facebook